Buta mata, namun celik al-Quran

  • 5 tahun lalu
Dia seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan, namun suaranya yang lunak dan merdu ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran mampu membuatkan hati sesiapa sahaja tersentuh.

Malah, kelunakan suaranya ketika mengalunkan surah al-Balad serta al-Fatihah dengan menggunakan al-Quran tulisan Braile membuatkan khalayak di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang di sini menumpukan seluruh perhatian kepada bacaan Nur Ainul Mardhiah Md. Safrizan, 10.

Disyorkan