Akui kadar kemiskinan, tak perlu mengelat - Mukhriz

  • 5 years ago
Tidak perlu "mengelat" untuk mengakui bahawa masih ramai lagi golongan miskin yang perlu dibantu kerajaan, kata Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Oleh itu beliau berkata garis kemiskanan perlu digerakkan daripada RM980 kepada RM1,200 sebulan supaya lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu.

Pada masa sama Mukhriz menjelaskan langkah tersebut bukanlah bertujuan untuk menambah bilangan orang miskin dalam negara sebaliknya memberi manfaat buat mereka.

"Bagi sayalah bukan kita nak lebih ramai orang miskin, tetapi apabila kita buat pengiktirafan seperti itu, maka segala daya upaya kerajaan untuk membantu orang miskin dapat dibuat lebih agresif.

"Kita boleh lulus lebih banyak bajet bagi membantuan.

"Itu lebih baik daripada kita mengelat dan kita tak mahu mengakui bahawa ada lagi masalah kemiskinan dalam negara kita, termasuklah di Kedah," katanya ketika ditemui selepas sidang media operasi penerbangan Qatar Airways ke Langkawi di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar al-Baker dan duta Qatar ke Malaysia, Fahad Mohammed Kafoud.

Pada 23 Ogos lalu, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Prof Philip Alston, meminta kerajaan mengkaji dan menilai semula kadar kemiskinan di negara ini.

Recommended