Penyertaan Zafina paling ramai di UPM catat MBOR

  • 5 tahun lalu
SEBANYAK 6,278 orang meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai membuat persembahan kecergasan Zafina.

Zafina adalah senaman aerobik berasaskan tarian zapin.

Para peserta terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kampus universiti itu di Serdang, Selangor.

Aktiviti tersebut diadakan bersempena Hari Kokurikulum UPM.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar universiti itu serta kumpulan Zumba Fitness.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berharap program sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan.

Disyorkan