Kereta rosak dihempap bumbung PPR

  • 5 years ago
Kira-kira 10 kenderaan rosak teruk apabila dihempap bumbung yang ditiup angin dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Setapak semalam.

Insiden berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang sejak pukul 5 petang.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Awam Desa Rejang Mohd Noor Mohd Tahir, bumbung terbabit dipercayai dari tingkat 19.

“Kami berkumpul dengan segera daripada persatuan penduduk dan komuniti setempat dan juga dapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis yang tiba sama dengan unit bantuan kecemasan DBKL untuk sama-sama membantu,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati dua buah rumah turut terjejas kerana kebocoran.

Recommended