• 5 years ago
Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya memberitahu media hari ini, kenyataan Ronnie Liu PH boleh bertahan membentuk kerajaan tanpa Bersatu, adalah pendirian peribadi.

Namun katanya, pihak DAP haruslah memberikan kenyataan balas akan pendirian DAP sendiri.

Dia juga mengingatkan sebagai parti PH yang berada dalam kerajaan mempersoalkan kedudukan Ronnie sekiranya dia tanpa gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kenyataan Ronnie itu dianggap tidak bijak, katanya.

Semalam, anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Ronnie Liu, mendakwa PH masih boleh berjaya membentuk kerajaan walaupun tanpa Bersatu.

Kata Liu, dengan gabungan DAP, PKR, Amanah, Parti Warisan Sabah dan Upko, PH masih mempunyai kerusi yang cukup membentuk kerajaan pusat.

Category

🗞
News

Recommended