Dr Suraya yang tertekan dengan perniagaan Dazril yang semakin maju dan ada di mana-mana itu mengambil keputusan untuk bercuti di pulau. Malangnya, dia berjumpa Dazril dan Iman pula sedang mengambil gambar untuk perniagaan jamu di sana. Dr Suraya demam teruk dan menelefon anaknya, Dr Firdaus untuk datang. Dr Firdaus yang mengenali Dazril dari dulu memuji lelaki itu di depan Dr Suraya, namun Dr Suraya tidak mahu mendengarnya. Ketika di pulau, Dazril tiba-tiba mendapat panggilan daripada ayahnya yang memberitahu opah sakit tenat!
Category
📺
TV