'Orang cina bukan bodoh boleh ditipu oleh penyangak'

  • 5 years ago
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad meminta pengundi di Tanjung Piai tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan pada pilihan raya kecil itu.

Ini selepas tersebar gambar memaparkan dirinya berkempen untuk BN dan menggesa pengundi menyokong calon daripada gabungan parti tersebut.

Menurut Mahathir, beliau kini merupakan perdana menteri daripada Pakatan Harapan (PH) dan bukan lagi pemimpin kerajaan lama.

“Satu penipuan tunjuk gambar saya sebagai PM (oakai) baju biru kononnya saya presiden Umno, pengerusi BN. Saya bukan presiden Umno, saya bukan Pengerusi BN, saya adalah PM kerajaan PH.

Baru-baru ini sekeping gambar memperlihatkan Dr Mahathir dengan latar belakang gambar calon BN, Wee Jeck Seng bersama pengundi Tanjung Piai tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Pada gambar itu juga tertera keterangan “Undilah Calon 02” beserta tanda pagar #PRK Tg Piai, sambil Dr Mahathir menunjukkan isyarat dengan mengangkat dua jari.

Recommended