Banjir : Air naik mendadak penduduk terperangkap diselamatkan

  • 5 years ago
Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian limpahan air bukit di Chucuh Puteri dan Sungai Pas, Kuala Krai petang tadi yang menyaksikan video tragedi berkenaan tular di media sosial.

Menurut portal Astro Awani Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed memaklumkan, kesemua mangsa yang terperangkap telah berjaya dibawa keluar.

Menurutnya, jumlah mangsa melibatkan 86 orang penduduk di Chucuh Puteri dan 71 di Sungai Pas.

Kesemua mangsa limpahan air itu berjaya dibawa keluar dan kini berada di pusat pemindahan sementara di Masjid Chucuh Puteri.

Menurut polis, air masih lagi melimpahi kawasan berkenaan dan air yang melimpah secara mendadak itu dipercayai turun dari bukit berdekatan.

Jalan masuk ke Sungai Pas dan Chucuh Puteri tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh, dan jalan untuk memasuki kawasan berkenaan hanya boleh dilalui menggunakan Jalan Latarek.

Recommended