Penerima Anugerah Petani Contoh Daerah Pitas 2019

  • 5 years ago
Pada 2hb September 2010 sekitar jam 11.20 am, saya pergi ke pejabat LIGS di Kalumpang, Pitas dan saya melihat ada orang yang sedang membuang bibit kelapa ke dalam tong sampah. Oleh sebab merasa hairan kenapa bibit bibit kelapa itu dibuang, maka sayapun berhenti lalu bertanya kepada orang tersebut kenapa dia buang? Apa jenis kelapa tersebut? Lalu orang itu menjawab bahawa bibit kelapa itu sebenarnya ialah jenis kelapa matag dan bibit yang dia buang itu ialah rejek iaitu sisa sisa yang tidak sudah ditanam dalam projek pertanian di kawasan Datong, Pitas. Lalu saya bertanya kepada orang itu (pekerja jabatan Pertanian Pitas) samada boleh berikan kepada saya dan dia menjawab boleh tapi kena minta memo dari pegawai pertanian terlebih dahulu baru boleh ambil bibit-bibit tersebut. Dengan minat yang amat mendalam, maka sayapun terus berjumpa dengan penyelia jabatan pertanian iaitu En. Malanting Marusan untuk mendapatkan memo. En Malanting memberikan saya memo dan sayapun boleh mengambil semua bibit yang ada disitu. Dengan hati yang penuh minat maka saya tanpa membuang masa terus mengurus semua bibit yang diberikan kepada saya sebaik baiknya.

Recommended