Infrastruktur di Bukit Aman harus ditambahbaik

  • 5 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendakwa bahawa pasukan polis terpinggir dari segi infrasktur dan kemudahan.

Kata Abdul Hamid, ibu pejabat polis di Bukit Aman sudah usang dan tidak mempunyai kemudahan dewan untuk mengadakan upacara, padang kawad atau bangunan tempat parkir berbanding pasukan keselamatan lain.

Malah katanya, polis terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk beberapa urusan selain terpaksa menggunakan tempat letak kereta kosong sebagai padang kawad.

Oleh itu beliau berharap Belanjawan 2020 akan memberi tumpuan kepada memenuhi bekalan logistik yang secukupnya kepada pihak polis.

"Kami tak ada dataran untuk jalankan aktiviti kawad, sebaliknya kita terpaksa guna atau tumpang parking lot untuk lakukan aktiviti-aktiviti tersebut."

"Sepatutnya kami adakan khas untuk media 50 lot parking berbumbung, dengan adanya walkaway sekiranya hujan, saya kesian kepada media," tambahnya kepada para media yang hadir.

Recommended