Sekat mahu adakan dialog dengan berbagai pihak termasuk orang melayu

  • 5 years ago
NGO Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat) bertemu Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Habibah Abdul Rahim di Putrajaya hari ini untuk membincangkan mengenai pelaksanaan pengenalan Jawi di sekolah-sekolah vernakular. Sekat, yang diwakili oleh setiausahanya Arun Doraisamy disertai oleh penyelaras Jawatankuasa Khas Pembelajaran Jawi Kuala Lumpur dan Selangor, Eddie Heng Hong Chai. Kedua-dua mereka, disertai beberapa anggota kumpulan menghabiskan kira-kira 40 minit di pejabat Kementerian Pendidikan dan selesai mengadakan perbincangan pada jam 1 tengah hari. Ketika ditemui selepas perbincangan itu, Arun berkata beliau gembira dengan pertemuan dengan Habibah yang disifatkan berjalan lancar.

Recommended