Sudah 5 tahun berlaku, apa motif SPRM? - Najib

  • 5 years ago
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pendedahan rakaman audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

"Pendedahan yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita

"Kenapa dan mengapa di-release (siar) tapi ini pada saat ini?

"Sebab ini berlaku 5 tahun dahulu, apakah motifnya? Adakah ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil Kimanis?" katanya pada sidang akhbar selepas perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Terdahulu, SPRM membongkar audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, rakaman berdurasi 45 minit itu diterima pihaknya beberapa hari lalu melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain..

Recommended