Tiada sekatan, tapi tidak galak ke China - KKM

  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan pihaknya tidak mengeluarkan apa-apa arahan sekatan perjalanan bagi rakyat Malaysia ke negara China buat masa ini.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, keputusan itu dibuat mengikut keperluan Malaysia dan akan diubah sekiranya penyebaran wabak koronavirus bertambah serius.

Bagaimanapun beliau berkata, KKM menasihatkan mana-mana rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan ke China sekiranya tiada keperluan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan negeri Sabah yang menggantung semua penerbangan ke China bermula semalam.

Recommended