RM2 juta umpama duit poket untuk saya - Ku Nan

  • 4 years ago
Dua juta ringgit bukanlah satu nilai yang besar kerana ia hanya seperti duit poket, kata Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Bendahari UMNO itu menjawab soalan timbalan pendakwa raya sekiranya wang RM2 juta ringgit yang diserahkan melalui cek oleh Pengarah Urusan Aset Kayamas, Chai Kin Kong mempunyai nilai kepadanya.

Terdahulu, Tengku Adnan tidak setuju ketika ditanya adakah beliau menggunakan RM2 juta itu untuk kegunaan peribadi.

Beliau menegaskan wang itu merupakan sumbangan politik daripada Chai kepada UMNO Wilayah Persekutuan untuk digunakan pada pilihanraya kecil 2016 di Sungai Besar dan Kuala Kangsar .

Pada 14 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ku Nan membela diri atas tuduhan itu menerima cek berjumlah RM2 juta daripada Chai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.