Hisham gembira terima panggilan rakan sejawat dari 6 negara

  • 4 years ago
Baru sahaja dua hari menjawat jawatan Menteri Luar Negeri tetapi Hishamuddin Hussein telah pun menerima enam panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari rantau Asia.

"Sambutan daripada negara-negara luar cukup luar biasa,"
"Malam semalam sahaja saya dimaklumkan beberapa permintaan menteri luar untuk berkomunikasi dengan saya hari ini,"

Ini termasuk Menteri Luar China, kepimpinan UAE dan Arab Saudi, Singapura, Thailand serta Indonesia.

Beliau melihat ini sebagai satu perkembangan baik berkenaan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut dan akan mendapatkan panduan daripada kementerian mengenai dasar-dasar luar.

Recommended