Kekurangan PPE kerana isu pengedaran, 33j set bakal diedarkan

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengakui bahawa beberapa hospital telah menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) sementara untuk menangani kes-kes Covid-19 dan menjelaskan bahawa ini disebabkan oleh isu pengedaran.

Katanya Kementerian telah menangani masalah ini dan tiga juta set PPE sudah diedarkan kepada hospital.

Menurutnya lagi , 33 juta lagi set akan dihantar pada minggu ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas klip video virus yang menunjukkan beberapa kakitangan hospital di negara ini terpaksa menggunakan PPE sementara akibat kekurangan stok.

Recommended