Sultan Selangor titah jemaah tabligh buat saringan

  • 4 years ago
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling supaya tampil membuat ujian saringan Covid-19.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Sultan Selangor, baginda bertitah peserta himpunan tabligh yang masih berdegil dan belum melakukan ujian saringan supaya segera tampil berbuat demikian.

Baginda khuatir sekiranya penularan wabak ini berlarutan dan jumlah kes jangkitan terus meningkat, ia akan menyebabkan tempoh perintah kawalan pergerakan dipanjangkan.