8.63j isi rumah bakal terima topeng muka secara percuma

  • 4 years ago
Kerajaan akan memberikan secara percuma topeng muka kepada 8.63 juta isi rumah di Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakon dalam satu sidang media hari ini.

Topeng muka itu akan diagihkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dan proses agihan akan bermula selepas topeng muka yang dipesan itu sampai.

Selain itu, topeng muka dan pengesan suhu akan turut diagihkan kepada pasukan petugas hadapan seperti petugas Kementerian Kesihatan, anggota polis dan tentera, serta agensi yang berkaitan.