CIQ di JB hanya beroperasi 7 pagi hingga 7 malam

  • 4 years ago
Waktu operasi di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, Johor di tambak Johor akan dipendekkan kepada 7 pagi hingga 7 petang sahaja berbanding sebelum ini 24 jam.

Manakala Kompleks Sultan Abu Bakar di laluan kedua pula kekal 24 jam namun jika ada kecemasan sekiranya ada rakyat Malaysia di Singapura ingin memasuki Johor, maka boleh menggunakan laluan kedua ini.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya, hari ini.