Minggu Kanser Suria melawat Institut Kanser Negara

  • 4 years ago
Sempena Minggu Kanser Suria, kami telah mengadakan lawatan ke Wad Penjagaan Harian di Institut Kanser Negara pada 26 Februari 2019 lepas. Selain daripada mengagihkan pek penjagaan kebersihan kepada pesakit-pesakit, Suria turut menghiburkan pesakit, pelawat serta kaki tangan hospital dengan beberapa aktiviti ringkas yang melibatkan penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta beberapa artis seperti Naim Daniel, Amir Hasan, Zaim Ajmal dan juga Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat. Semoga tetap tabah menghadapi cabaran hidup! #cancersurvivor