Shafie mahu kerajaan teruskan agenda MA63

  • 4 years ago
Ahli Parlimen dari Sabah hari ini meminta kerajaan meneruskan pelaksanaan 21 perkara yang dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63).

Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang menyatakan bahawa ketika ini 17 daripada 21 perkara telah mendapat persetujuan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkenaan.

Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berkata MA63 merupakan suatu perjanjian yang dimartabatkan pemimpin terdahulu sebelum negara mencapai kemerdekaan merangkumi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Recommended