Menteri- RM4.763b pengembalian GST masih belum selesai

  • 4 years ago
Kerajaan masih mempunyai baki pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tertunda bernilai RM4.763 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Mohd Shahar berkata terdapat tuntutan tambahan sebanyak RM9 billion oleh pemilik perniagaan selain RM1.94 billion yang telah dituntut dan diproses oleh kerajaan sehingga 8 Julai 2020.

Antara masalah mengenai pengembalian tuntutan tersebut termasuk maklumat bank pendaftar dan kurangnya maklum balas daripada pendaftar untuk proses pengesahan maklumat.