Zahidi- Jangan mudah tertipu oleh Youtuber, dia tiada peperiksaan waktu itu

  • 4 years ago
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin semalam membuat kenyataan di Dewan Negara bahawa pelajar Universiti Sabah Malaysia, Veveonah Mosibin tidak mempunyai sebarang peperiksaan semasa memanjat pokok di kawasan rumahnya untuk mendapatkan liputan internet.

Sebaliknya dakwa Zahidi, Veveonah melakukan tindakan itu untuk ditularkan serta mengisi kandungan saluran YouTubenya.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya di Dewan Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=BdBKoAnLc_Q&feature=youtu.be

Category

🗞
News

Recommended