'Kenapa lawatan Menteri Pertahanan China tidak dilaporkan media?'

  • 4 years ago
Senator dan bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong hari ini mempersoalkan mengapa pertemuan di antara perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan China pada Isnin lalu tidak dilaporkan oleh media tempatan.

“Saya tidak faham kenapa lawatan itu tidak diberikan liputan media di Malaysia."

“Media tempatan pula hanya mendapat tahu dari sumber di China (selepas lawatan dijalankan),” katanya semasa sidang media di Dewan Negara hari ini.

Menurutnya, liputan itu penting kerana China selain Amerika Syarikat merupakan dua kuasa besar yang mempunyai kepentingan di rantau ini terutama Laut China Selatan.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan pertemuan di antara Muhyiddin berserta beberapa ahli kabinet lain dengan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan menyatakan Wei juga telah mengadakan lawatan ke Indonesia dan akan ke Brunei dan Filipina selepas ini.

Recommended