Pertempuran tiga penjuru di Sulaman: Tumpuan kepada Hajiji

  • 4 years ago
DUN Sulaman, Sabah kini menjadi medan pertarungan tiga penjuru kerana penyandang jawatan itu, Hajiji Noor akan mempertahankan kerusinya menghadapi anak saudaranya sendiri, Aliasgar Basri dan seorang calon lain.



Sekiranya Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya negeri, Hajiji merupakan calon pilihan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.


Adakah Hajiji yang juga ketua Bersatu negeri dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya selama 30 tahun? Ketahui Sabtu ini apabila Sabah memutuskan siapa yang bakal menjadi pemimpin seterusnya.

Recommended