Menteri: RM30.3 juta disalurkan kepada 3,759 PKS mikro pertanian

  • 4 years ago
Dalam laporan LAKSANA Ke-27 semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan di bawah inisiatif untuk menyokong sektor pertanian dan makanan menerusi suntikan pembiayaan dan modal pusingan, sejumlah RM30.3 juta telah disalurkan setakat 16 Oktober yang memanfaatkan 3,759 PKS mikro pertanian.

Sementara itu, untuk Kempen e-Dagang bagi PKS yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan dilancarkan pada akhir Jun bagi membantu perniagaan tempatan, 20 platform e-dagang telah menyokong usaha ini sebagai rakan pelaksana strategik.

Sumber video: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/videos/1288965454815906

Category

🗞
News

Recommended