Mula-mula Jemimah Challenge, kini Ambyar People menari lagu Kuasa Cinta Tokti pula!

  • 3 tahun lalu
VIDEO tarian mereka bagi menyahut Jemimah Challenge mendapat lebih sembilan juta tontonan di TikTok.

Kini kumpulan tarian Ambyar People semakin popular selepas menarikan lagu Kuasa Cintamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ujar kumpulan tarian yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini, mereka mengambil masa hampir 3 jam bagi menjayakan sesi latihan, rakaman serta suntingan lagu Kuasa Cintamu.

“Sejujurnya kami berbangga dan terkejut apabila video tersebut dimuat naik semula oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, kami sangat berbangga sebab ramai yang buat video seperti itu namun kami yang terpilih,” kata Ambyar People kepada mStar.

Menurutnya lagi, mereka sangat meminati penyanyi nombor satu Malaysia itu dan menyimpan hasrat untuk bekerjasama dalam mana-mana persembahan.

“Jika suatu hari nanti Datuk Siti ingin menjemput kami, kami pasti akan terbang ke Malaysia. Terima kasih buat Datuk Siti kerana menghargai kreativiti kami yang tidak seberapa ini, terima kasih banyak,” ujarnya.

Disyorkan