Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini

  • 3 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berharap akan dapat menyelesaikan program imunisasi Covid-19 menjelang Februari tahun depan, meliputi 80% penduduk atau 26.5 juta orang.

Menurut Muhyiddin, fasa vaksinasi pertama akan melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan dan dijangka selesai pada April.

Fasa kedua melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan akan berlangsung antara April dan Ogos melibatkan 9.4 juta orang, manakala fasa terakhir akan berlangsung antara Mei dan Februari tahun depan melibatkan golongan dewasa yang lain.

Recommended