'Hanya bergurau dengan isteri' - Ryzal mohon maaf, tiada niat persenda baju Iban

  • 3 years ago
Gara-gara memuat naik sebuah video mempersenda pakaian tradisi orang Iban, pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam dikecam hebat oleh netizen dan rakan artis yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

Video yang di muat naik itu memperlihat Ryzal memberi komen mengenai pakaian tradisi Iban yang digayakan oleh Maryam dengan membahasakannya sebagai ‘kain meja’ dan ‘alas televisyen’ sehingga mengundang kemarahan ramai, terutamanya rakyat Sarawak.