'Memang dengar banyak konspirasi vaksin tapi lihat kembali fungsinya'

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen berkata beliau tidak menafikan ada mendengar banyak konspirasi dan propaganda mengenai vaksin.

Namun katanya, seseorang itu perlu lihat kembali fungsi vaksin iaitu melindungi individu itu walaupun dijangkiti Covid-19 tetapi kesannya tidak teruk.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bertajuk 'Vaksin Covid-19: Keraguan dan Fakta' di Facebook, semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/237083351200599