• 4 years ago
Jika anda kerap bersin pada keadaan tertentu tanpa mengira masa, itu sebenarnya merupakan tanda-tanda awal anda menghidap resdung atau dalam istilah bahasa Inggeris, allegic rhinitis.

Seandainya hal itu dianggap satu perkara biasa lantas dibiarkan begitu sahaja, lebih baik sikap itu dikikis segera.

Mengapa? Resdung yang banyak dialami oleh ramai orang sama ada sedar atau, sebenarnya memberi komplikasi yang tidak bagus kepada kesihatan dan implikasi-implikasinya berkemungkinan melangkaui daripada ekspektasi kita semua.

Selain boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian hidung, berlaku polip dalam saluran hidung, resdung yang semakin memburuk boleh memberi kesan kepada otak manusia. Terdapat pelbagai lagi penyakit lain yang boleh dipicu daripada penyakit resdung ini.


Ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit tersebut secara menyeluruh termasuk ujian pemeriksaan dan cara rawatannya, Pakar Bedah, Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital KPJ Rawang, Dr Dipak Banarsi Dass akan mengupas lebih lanjut dalam program DNA (Doktor dan Anda) pada kali ini.


Dapatkan info-info berguna mengenai perihal kesihatan diri anda dalam DNA di kesemua platform Sinarplus.

FACEBOOK SINARPLUS : https://www.facebook.com/sinarplus.si...

FACEBOOK SINAR HARIAN : https://www.facebook.com/SinarHarian/

INSTAGRAM SINARPLUS : https://www.instagram.com/sinarplus/

YOUTUBE SINARPLUS : https://www.youtube.com/c/SinarPlus/

Jangan lupa untuk LIKE, KOMEN, SHARE & SUBSCRIBE

#resdung
#hospitalkpjrawang
#sinarplus
#sinarharian
#doktordananda
#DNA
#medik
#lifestylesinarplus
#lifestylesinarharian
#dominasigayahidup
#kitalaluibersama

Recommended