Kurung bekas pekerja, Long Tiger ditahan polis lagi

  • 3 years ago
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa ‘Long Tiger’ telah ditahan polis kelmarin di Muar atas dakwaan terbabit dalam jenayah mengurung seorang bekas pekerjanya.

Beliau berkata, lelaki Rohingya yang bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar daerah itu pada pukul 9.45 malam.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol namun telah selesai menjalani hukuman.

https://www.facebook.com/157095220984667/videos/879136019340133

Recommended