Tiada lagi imuniti kelompok, kena perluas vaksinasi remaja - KJ

  • 3 years ago
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) remaja adalah penting untuk mencapai kadar vaksinasi sebanyak mungkin di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ketika ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini, Khairy berkata ketika ini Kementerian Kesihatan sudah tidak lagi menggunakan istilah imuniti kelompok selepas penularan varian Delta.

Category

🗞
News

Recommended