Tak fasal je Delimawati kena halau keluar homestay, pukul 3 pagi bungkus beg balik KL

  • 3 tahun lalu
KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga... itu yang terjadi kepada pelakon veteran Delimawati yang dihalau dari homestay atau rumah penginapan di Kuala Kangsar, Perak kira-kira pukul 3 pagi, Ahad.

Delimawati, 63, yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama terkilan apabila produksi mereka yang mengikut prosedur operasi standart (SOP) turut terkena tempias gara-gara sikap tidak bertanggungjawab produksi lain hingga wujud kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia dan beberapa pelakon senior lain yang turut terlibat dalam drama itu terpaksa bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi Ahad.

“Kita duduk satu homestay dekat Kuala Kangsar, pukul 3 pagi ada yang ketuk-ketuk pintu. Saya terkejut juga, individu itu cakap kita semua kena keluar dan kena balik Kuala Lumpur sekarang.

“Kami bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi, semua kena punggah Subuh tu juga. Saya harap produksi lain jagalah SOP, janganlah ambil orang yang tiada dua dos vaksin,” ujarnya kepada mStar.

Category

Orang

Disyorkan