Mangsa enggan pindah, kenderaan terperangkap punca kerja menyelamat sukar - PM

  • 2 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Parlimen hari ini bahawa ramai mangsa banjir enggan berpindah apabila pasukan penyelamat pertama tiba pada petang 18 Disember di Shah Alam.

Susulan itu, Khalid Samad (PH - Shah Alam) bangkit mempersoalkan sama ada perdana menteri menyalahkan mangsa banjir.

Selain itu kata Ismail, kerja-kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan yang terperangkap di jalan utama sehingga menghalang kenderaan penyelamat memasuki kawasan perumahan.