Lawatan rasmi PM tingkat nilai dagangan Malaysia - Vietnam

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Vietnam selama tiga hari bermula Isnin akan memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan nilai dagangan dua hala negara kepada 15 bilion dolar Amerika pada 2020.
Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa berkata, lawatan pertama Tun Dr Mahathir ini adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Zoon Fook (Xuan Phuc).
Ini adalah lawatan pertama Tun Dr Mahathir selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri untuk kali kedua, pasca PRU Mei lepas.