#KomunitiAWANI: Terapkan budaya memelihara alam sekitar bagi menyelamatkan bumi

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 28 Ogos 2019 menampilkan pelakon, Aidil Aziz sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.

Berita komuniti anda bermula dengan tugasan pasukan bomba elit yang juga melaksanakan pengoperasian unit udara menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa tanpa kira tempat. Kemudian, kita saksikan bagaimana Natipah Abu, yang kembali mendapat ketenangan dalam hidupnya selepas menjaga anak-anak yatim di Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda. Selepas itu, kita juga akan saksikan usaha untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar iaitu program penanaman pokok sempena Kongres Statistik Dunia ISI 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Institut Statistik Malaysia. Kita juga akan lihat penganjuran program E-Keusahawan di padang Bandaran Sandakan buat peniaga-peniaga kecil untuk membantu promosikan produk mereka.

Disyorkan