#AWANIJr: Bauk Hike - Menghayati kemerdekaan negara bersama alam

  • 2 tahun lalu
Wartawan Sakinah ni Ridzuan,11dibantu oleh Syafiah Salruhisan ,10 serta Mohd 'Addauddin Sani dan Syafiq Adam Salruhisan ,11 selaku jurukamera dari B48 Channel, TvPSS SK Batu 48, Dungun, Terengganu membuat liputan sempena Terengganu Merdeka Hike (TMH) sebagai cetusan semangat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-62 yang berlangsung di Bukit Bauk juga di 7 buah lagi bukit secara serentak dia seluruh negeri Terengganu.

Seramai empat orang lagi kru turut serta bagi menunjukkan sokongan di samping menzahirkan penghayatan nilai kemerdekaan melalui aktiviti pendakian. Berbekalkan semangat yang kental ,kru mendaki Bukit Bauk sambil menghayati kehijauan pemandangan sekaligus memupuk nilai menghargai alam semulajadi dengan mengutip sampah dan beramah mesra dengan peserta lain bagi menyemarakkan semangat muhibbah serta berkongsi semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Bukit Bauk.


AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Disyorkan