• 2 years ago
#KomunitiAWANI 30 September 2019 menampilkan penyanyi, Liza Hanim sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Berita komuniti anda bermula dengan cerita inspirasi Kamarul Azli Mat Ali yang beberapa kali hampir muflis tetapi itu semua tidak mematahkan semangatnya. Selepas itu, kita akan saksikan langkah yang diambil bagi menceriakan pesakit-pesakit kanser melalui sesi sembang di Kelab Sembang-Sembang Pesakit Kanser di Jalan Seri Rejang, Taman Sri Rampai. Kemudian, kita akan saksikan keunikan masyarakat yang mengamalkan budaya campuran Melayu dan Cina iaitu baba dan nyonya di Festival Peranakan Cina Pulau Pinang. Kita juga akan lihat usaha menjaga alam sekitar yang dilakukan melalui Program Eco Frenz.

Category

😹
Fun

Recommended