Banjir di Pahang, Sabah kian serius, Johor semakin pulih

  • 2 tahun lalu
Keadaan banjir di Pahang dan Sabah kian serius dengan jumlah mangsa yang dipindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi terus meningkat, manakala di Johor bertambah baik dengan bilangan mangsa terjejas menurun.
Di Pahang, Raub menjadi daerah ketiga dilanda banjir selepas Rompin dan Temerloh, dengan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan setakat 10.30 malam ini, sebanyak 1,206 orang daripada 339 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.

Disyorkan