• 2 years ago
Pendidikan Vokasional Menengah Atas atau PVMA, SMK Kompleks Mengabang Telipot (KoMeTS), Kuala Nerus, Terengganu telah berkerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu, UMT dan Smart Heritage Sdn. Bhd untuk menghasil Baja Kompos. Dimana sisa-sia makanan yang terbuang dari kantin sekolah dan dewan makan asrama sekolah dikumpul dan diproses dengan menggunakan catalyst oleh pelajar-pelajar PVMA sehingga bertukar menjadi baja kompos. Baja kompos tersebut dipasarkan kepada warga guru dan staf KoMeTS. Julia B. Bently, Duta Kanada di Malaysia telah datang melawat tapak projek PVMA untuk melihat sendiri kerja buat guru-guru dan pelajar-pelajar PVMA KoMeTS. Adik Nuzul Aifaa Nik Rozemi, 16 yang telah dilantik sebagai duta PVMA KoMeTS, menemubual Julia B. Bently . Jom kita saksikan bersama-sama bagaimana petahnya wartawan Eduwave TVPSS KoMeTS menemubual dalam Bahasa Inggeris dengan Duta Kanada di Malaysia.


AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Category

😹
Fun

Recommended