Penyampai berita Astro AWANI bergelar isteri

  • 2 tahun lalu
Penyampai Astro AWANI, Khairunnisa Kasnoon menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya petang tadi. Dengan sekali lafaz, Khairunnisa selamat bergelar isteri kepada Izhar Ilyas.

Majlis akad nikah berlangsung selepas solat Zuhur, di Hulu Langat.

Pasangan ini dinikahkan oleh adik lelaki Khairunnisa, Aizat Kasnoon, dengan mas kahwin bernilai RM300.

Mempelai diraikan dalam satu majlis resepsi malam ini.

Disyorkan