#AWANIJr: Apakah PPD Prioriti

  • 2 tahun lalu
SK Duyong Melaka satu-satunya sekolah di Negeri Melaka yang menjadi pilihan PPD Melaka Tengah untuk dijadikan sekolah bimbingan berfokus PPD Prioriti dalam kumpulan 12 buah sekolah rendah di Malaysia dalam satu program di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM . Ini kerana kelebihan SK Duyong melalui TVPSS Hang Tuah Channel yang mempunyai jalinan kerjasama dengan AWANI Junior Astro AWANI yang dapat melahirkan pengacara cilik sebagai kemenjadian murid. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah,12, berkesempatan bertemu Datin Hajah Mariani Hj Yahaya, Timbalan PPD Perancangan PPD Melaka Tengah yang bertanggungjawab dalam bimbingan berfokus ini. Diharapkan SK Duyong dapat memanfaatkan peluang yang sedia terbentang untuk melahirkan murid yang cemerlang.

Category

😹
Fun

Disyorkan