#HapusCOVID19: 91 kes discaj, jumlah kumulatif 479 kes

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat 91 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada Isnin, iaitu jumlah discaj terbesar setakat ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 479 kes (18.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Disyorkan