Kerajaan masih menunggu kelulusan penerbangan untuk bawa pulang rakyat Malaysia dari Chennai

  • 2 tahun lalu
Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, kerajaan sedang menunggu kelulusan satu penerbangan yang sebelum ini telah dijadualkan pada 14 April bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India. Kata beliau, setakat 16 April, seramai 2,873 rakyat Malaysia yang terkandas di India telah berjaya dibawa pulang.