Dua nelayan dikhuatiri hilang di laut

  • 2 tahun lalu
Dua nelayan dikhuatiri hilang selepas bot mereka karam berhampiran Pulau Segantang di Langkawi, Kedah.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah / Perlis, Kapten Maritim Zulinda Ramly, sebaik menerima laporan jam 11.15 pagi Isnin, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Disyorkan