Liga-M bulan Jun tidak dibenarkan, bulan Ogos boleh dipertimbangkan

  • 2 tahun lalu
Impian peminat bola sepak untuk menyaksikan saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual pada Jun terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan tidak akan membenarkan perlawanan tersebut walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan tersebut termasuk cadangan untuk mengadakan pertandingan tanpa kehadiran penonton di stadium.

Bagaimanapun, kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut sekiranya perlawanan Liga-M berlangsung pada bulan Ogos atau September, berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Disyorkan