NORMAL BAHARU: 'Mujur ada pencetak di pejabat ibu' - Murid

  • 2 tahun lalu
Tinjauan Astro AWANI ke Kampung Labang yang terletak di Pinggiran Jajaran Batang Kemena, Bintulu mendapati murid-murid di SK Labang tetap menerima bahan latihan daripada guru masing-masing biarpun dengan akses internet yang terhad.
Nur Nylea umpamanya, sangat bersyukur kerana, kerja rumah yang dibekalkan gurunya, dapat dilaksanakan dengan baik.
Mujur ada pencetak di pejabat ibunya yang boleh digunakan, ketika mana semua warga berdepan dengan kekangan peralatan.