Premis ada kes positif COVID-19 perlu tutup serta merta

  • 2 tahun lalu
Mana-mana premis perniagaan yang dikesan ada kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja akan diarah tutup serta merta selepas mendapat nasihat daripada KKM.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu, setakat ini beberapa premis termasuk sebuah kilang ayam di Negeri Sembilan, sebuah pasar raya dan tapak pembinaan di Jalan Ampang telah diarah tutup selepas pekerja premis berkenaan disahkan positif jangkitan itu.

Disyorkan