Pastikan caj tambahan perkhidmatan gunting rambut berpatutan - KPDNHEP

  • 2 tahun lalu
Penyedia perkhidmatan dandanan dan gunting rambut hanya dibenar mengenakan caj tambahan untuk dua barangan kegunaan pelanggan, iaitu alas gunting rambut pakai buang serta set sarung tangan.

Pengarah penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata peniaga berkenaan perlu memastikan caj itu berpatutan dengan merujuk kos belian bagi penggunaan setiap barangan terbabit.

Disyorkan